Monday 1 October 2012

Mata duitan?

Assalamualaikum wbt.

Sebelum ni, aku ada join pertandingan video #siswamerdeka. Dan dalam 1-2 minggu lagi, ada pertandingan video Osem UTeM '12.


Aku dah start shoot video sejak beberapa hari lepas. Namun, ada rakan2 aku yang suka ejek apa yang aku tengah buat sekarang nih. Sebab apa? Mereka pandang aku ni sebagai seorang yang mata duitan. Ikut pertandingan macam ni untuk dapat duit. DUIT semata2.

Aku tak kisah pun apa yang diorang nak cakap, sebab yang join aku, bukan diorang. 1sen pun aku tak pakai duit diorang. Aku tahu aku bukan orang kaya, sebab tu aku kena usaha sendiri. Tak macam diorang, family dekat, nak duit, just hello2 ja. Lagipun aku di negeri orang, sendiri mau survive lah. Beli tiket flight utk cuti sem pun aku dah terpaksa berjimat dalam perbelanjaan harian.

Well, aku memang minat buat video. Plus Allah ada bagi pinjam devices yang memudahkan aku untuk buat kerja2 video editing. Apa salahnya aku guna hobi aku ni untuk cari rezeki? Ini lebih baik daripada aku main online game yang membazir masa & tak untung apa2 pun.

Aku yang tengah edit video,
muhdnur

Friday 28 September 2012

Find My iPhone.

Assalamualaikum wbt.

Storan secara 'cloud' semakin berkembang dari semasa ke semasa. Instead of physical memory, kita ada pilihan lain untuk menyimpan data iaitu secara 'di atas awan', dengan adanya internet connection.



Salah satu daripadanya ialah iCloud untuk iOS & OS X devices. Dan dalam iCloud, adanya fungsi "Find My iPhone". Jika Apple device korang hilang, maka inilah salah satu usaha untuk mendapatkannya semula, selain baca Yaasin minta pertolongan Allah SWT. :)


Untuk permulaan, korang kena sign up untuk account iCloud. klik sini. Kemudian, boleh klik icon radar tu. Sebagai contoh, aku try kat iPhone dan Alhamdulillah, iPhone aku dapat detect, area Melaka. Jom kita zoom sikit (boleh zoom in, zoom out).


Dalam gambar di atas, pin hijau tu kurang tepat. Tapi ok lah, ini pun dah kira cukup & memudahkan kerja pihak polis untuk melakukan penyiasatan.

Selain berfungsi untuk mengesan lokasi, arahan seperti Play Sound, Lock, & Erase iPhone turut disediakan. Jika polis dah geledah rumah tersebut tapi still tak dapat jumpa, korang boleh instruct device korang utk mengeluarkan bunyi.

Selain itu, korang boleh lock device & padam semua data terutamanya maklumat perbankan, gambar, dan lain2 sekiranya device korang masih gagal dikesan. InshaAllah maklumat korang tak jatuh ke tangan yang tak sepatutnya.

*Map yang disediakan seolah2 Google Maps, atau memang Google Maps pun. Ntah la, aku pun tak pasti. 

*Kekurangan: bilamana ketiadaan internet connection, sudah pasti iCloud tidak dapat berfungsi. Even though kita dah subscribe monthly internet, still tak berguna jika sim dikeluarkan daripada phone. 

*aku share pasal iCloud yang disediakan oleh Apple. Bukan bermaksud aku ni iFag, tapi aku tak mampu lagi beli phone android as 2nd phone :P

update: iCloud turut menghantar lokasi device korang direct ke mailbox korang. Ohsem!

Aku yang bukan iFag,
muhdnur

Wednesday 26 September 2012

MacBook Pro: Backlit keyboard

Assalamualaikum wbt.

Seperti apa yang aku bagitahu pada entri sebelum ni, aku merupakan seorang tech lover, walaupu ilmu aku tak lah sehebat mana. Aku akan kongsi kat korang apa2 yang aku rasakan menarik. So, untuk kali ini, aku nak cerita tentang salah satu kelebihan MacBook Pro.


One of the features yang membuatkan aku begitu teruja dengan macbook ni ialah 'backlit keyboard'. Atau bahasa mudahnya, keyboard yang ada lampu. Selain ianya nampak begitu menarik, aku dapat membuat kerja dalam bilik yang gelap (menaip), tanpa perlu membuka lampu.


Satu perkara yang menjadi penghalang bagi aku ketika menggunakan notebook HP Pavilion dv4 suatu ketika dahulu ialah kesukaran untuk menaip dalam keadaan yang samar2 atau gelap. Aku terpaksa menurunkan@menundukkan sedikit screen untuk memberi pencahayaan kepada keyboard.



Lebih2 lagi bila tinggal dalam hostel. Roomate kita nak tidur, tapi kita terpaksa membuka lampu untuk membuat kerja2 menaip dsb. Sure lah lampu tu akan jadi asbab/punca roomate kita susah nak tidur. So, dengan macbook pro ni, dapat lah aku atasi masalah tersebut. Roomate pun dapat tidur lena & mimpi manis. Hehehe..


Ribuan terima kasih kepada para engineers yang mengeluarkan idea yang sangat ohsem ini. Oh ya, sekarang ni, bukan sahaja macbook & Alienware yg ada features ni, bahkan notebook dari jenama lain pun dah mula menggunakannya ini seperti Sony, Samsung & Asus. Malangnya, ia hanya terhad kepada beberapa high-end model sahaja.

Ok lah. Nanti aku update lagi berkaitan macbook pro ni. Nantikan entri seterusnya :D

Aku yang suka keyboard yang ada 'nur',
muhdnur

Tuesday 25 September 2012

iFag VS Geek

Assalamualaikum wbt.

Korang pernah dengar term "iFag" tak? Terms ni adalah gelaran bagi mereka2 yang begitu fanatik dengan produk Apple. Mereka akan pastikan Apple lah yang terbaik dalam perdebatan yang berkaitan dengan technology sekarang. Contohnya, Samsung S3 vs iPhone 5, mereka akan bermati2an akan mempertahankan iP5. (padahal mereka takda iP5 pun. lol)


Menurut website Urban Dictionary, "iFag" bermaksud:

(1) An iFag is a homosexual Apple fan boy. This type of individual will defend their products, regardless or logical reason. You can often find them at any of the following stores: AT&T, Starbucks and any generic smoothie shoppe.

The original iFag is an individual that goes by the name of "freediver" in the channel #computers located on the EfNet IRCd.

example: The iFag at Starbucks would not shut up about the upcoming iPad.

(2) Someone who thinks he is cool because he owns an Apple product, usually the iPhone or the iPod.

(3) Someone who thinks he is cool because he bought a certain technology that very few people use, and thus, he feels like he is superior, although often it is because the technology is overpriced and/or useless.
example: (i) That iFag attempted to update me on the weather at my workplace, although I work at a fucking weather station.

(ii) Jill can't stop talking about her new iPhone and its many features that I also have on my $50 phone. What an iFag.

Yes, aku memang minat Apple, tapi bukan sampai tahap iFags lagi. Aku sekadar pengguna sahaja.

Alhamdulillah, setakat ni Allah SWT bagi pinjam sebuah macbook pro 13inch & iPhone 4. Dengan gadget2 ni, agak mudah untuk aku melaksanakan tugas seharian as a student.

Contohnya, aku guna macbook utk buat assignment, & utk buat slide presentation. Memang sangat ohsem bila present guna app "Keynote" yg ada dalam macbook.


Jika iFags tak sesuai untuk aku, tapi rasanya "Geek" mungkin lebih sesuai, iaitu gelaran bagi mereka yang tergila-gila sukakan tech@gadget. Kalau aku buka internet, website berkaitan dengan gadget adalah satu kemestian untuk aku baca.

Maksud "Geek" pulak:

Not to be confused with "Nerd". A geek does not have to be smart, a Geek is someone who is generaly not athletic, and enjoys Video Games; Comic Books; being on the internet, and etc.

example: Only a geek would waste their time on the internet, defining geek on urbandictionary.com

Harap2 korang jelas dengan perbezaan diatas. Sebarang pertanyaan boleh diajukan dalam komen dibawah. Whoa!

Aku yang tak berapa Geek,
muhdnur