Tuesday 25 September 2012

Blog baru. Lagi.

Assalamualaikum wbt.

Aku bukan lah seorang yang rajin menulis blog. Bila ada masa lapang, assigment dah settle, baru ada feel untuk tulis entri. Namun, ini adalah blog aku yang ke-3. Ada banyak reason kenapa aku buat blog baru ni.

Paling ketara ialah daripada pengguna Wordpress kepada Blogspot.

Blog pertama aku ialah muhdnurmuktar.wordpress.com. Aku akui, blog wordpress yg percuma ni (sama macam '.blogspot.com') memang mudah nak handle. Semuanya sudah tersedia. Tak perlu fening2 mau adjust font, size, colour, customization dan lain2.


Aku start buat blog diatas ni time masih blajar di Matrikulasi Labuan. Dalam satu module, kami diperkenalkan dengan wordpress, dan diminta untuk membuat blog masing2 sebagai assignment.

Aku banyak tangkap gambar & share dalam blog diatas. Lebih kurang 2 tahun juga aku aktif menge-post entri dalam tu. Namun, aku rasa ada baiknya jika aku guna domain name sendiri, seperti apa yang disyorkan oleh lecturer aku. Maka, aku pun buat lagi blog yang ke-2, www.lensacahaya.com.




Blog baru ini nampak manarik, sebab url dah jadi semakin pendek. Themes pun banyak yang sesuai dgn dunia photography. Banyak kelebihan menggunakan domain sendiri.

Namun, salah satu kekangan yg aku dapati ialah kurangnya komunikasi antara aku & readers untuk aku jadikan sebagai rujukan, dgn tujuan penambahbaikan. Untuk bahagian 'comment', dalam sehari at least ada seorang yg komen. Eh, bukan orang, tapi BOT, iaitu komen berbentuk 'spam'. -_-

Finally, aku try plak Blogger instead of Wordpress. Salah satu kelebihan yg sangat ketara ialah followers. Which means, apa2 yg aku post, mudah untuk aku dapatkan kritikan, & BOT pun takda yang mahu merapu carik pasal komen. Hahaha..

Masih banyak yg perlu aku belajar dari korang semua. Kritikan dari pembaca amat diperlukan untuk mematangkan diri ini.

Yang hensem,
Muhd Nur

No comments:

Post a Comment

Kritikan anda amat dihargai. Terima kasih.