Storan secara 'cloud' semakin berkembang dari semasa ke semasa. Instead of physical memory, kita ada pilihan lain untuk menyimpan data iaitu secara 'di atas awan', dengan adanya internet connection.
Salah satu daripadanya ialah iCloud untuk iOS & OS X devices. Dan dalam iCloud, adanya fungsi "Find My iPhone". Jika Apple device korang hilang, maka inilah salah satu usaha untuk mendapatkannya semula, selain baca Yaasin minta pertolongan Allah SWT. :)
Untuk permulaan, korang kena sign up untuk account iCloud. klik sini. Kemudian, boleh klik icon radar tu. Sebagai contoh, aku try kat iPhone dan Alhamdulillah, iPhone aku dapat detect, area Melaka. Jom kita zoom sikit (boleh zoom in, zoom out).
Dalam gambar di atas, pin hijau tu kurang tepat. Tapi ok lah, ini pun dah kira cukup & memudahkan kerja pihak polis untuk melakukan penyiasatan.
Selain berfungsi untuk mengesan lokasi, arahan seperti Play Sound, Lock, & Erase iPhone turut disediakan. Jika polis dah geledah rumah tersebut tapi still tak dapat jumpa, korang boleh instruct device korang utk mengeluarkan bunyi.
Selain itu, korang boleh lock device & padam semua data terutamanya maklumat perbankan, gambar, dan lain2 sekiranya device korang masih gagal dikesan. InshaAllah maklumat korang tak jatuh ke tangan yang tak sepatutnya.
*Map yang disediakan seolah2 Google Maps, atau memang Google Maps pun. Ntah la, aku pun tak pasti.
*Kekurangan: bilamana ketiadaan internet connection, sudah pasti iCloud tidak dapat berfungsi. Even though kita dah subscribe monthly internet, still tak berguna jika sim dikeluarkan daripada phone.
*aku share pasal iCloud yang disediakan oleh Apple. Bukan bermaksud aku ni iFag, tapi aku tak mampu lagi beli phone android as 2nd phone :P
update: iCloud turut menghantar lokasi device korang direct ke mailbox korang. Ohsem!
Aku yang bukan iFag,
muhdnur
No comments:
Post a Comment
Kritikan anda amat dihargai. Terima kasih.