Wednesday 26 September 2012

MacBook Pro: Backlit keyboard

Assalamualaikum wbt.

Seperti apa yang aku bagitahu pada entri sebelum ni, aku merupakan seorang tech lover, walaupu ilmu aku tak lah sehebat mana. Aku akan kongsi kat korang apa2 yang aku rasakan menarik. So, untuk kali ini, aku nak cerita tentang salah satu kelebihan MacBook Pro.


One of the features yang membuatkan aku begitu teruja dengan macbook ni ialah 'backlit keyboard'. Atau bahasa mudahnya, keyboard yang ada lampu. Selain ianya nampak begitu menarik, aku dapat membuat kerja dalam bilik yang gelap (menaip), tanpa perlu membuka lampu.


Satu perkara yang menjadi penghalang bagi aku ketika menggunakan notebook HP Pavilion dv4 suatu ketika dahulu ialah kesukaran untuk menaip dalam keadaan yang samar2 atau gelap. Aku terpaksa menurunkan@menundukkan sedikit screen untuk memberi pencahayaan kepada keyboard.



Lebih2 lagi bila tinggal dalam hostel. Roomate kita nak tidur, tapi kita terpaksa membuka lampu untuk membuat kerja2 menaip dsb. Sure lah lampu tu akan jadi asbab/punca roomate kita susah nak tidur. So, dengan macbook pro ni, dapat lah aku atasi masalah tersebut. Roomate pun dapat tidur lena & mimpi manis. Hehehe..


Ribuan terima kasih kepada para engineers yang mengeluarkan idea yang sangat ohsem ini. Oh ya, sekarang ni, bukan sahaja macbook & Alienware yg ada features ni, bahkan notebook dari jenama lain pun dah mula menggunakannya ini seperti Sony, Samsung & Asus. Malangnya, ia hanya terhad kepada beberapa high-end model sahaja.

Ok lah. Nanti aku update lagi berkaitan macbook pro ni. Nantikan entri seterusnya :D

Aku yang suka keyboard yang ada 'nur',
muhdnur

1 comment:

  1. for the 1st picture tu fish eye effect tu pakai apa?

    http://kaio.my

    ReplyDelete

Kritikan anda amat dihargai. Terima kasih.